PERSIJILAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
PERSIJILAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta.
Apakah Kelebihan SKM?
Diiktiraf oleh industri di Malaysia.
Menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
Berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN SKM?
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam NOSS berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
Apakah Kelebihan PPT?
Memperolehi Sijil dalam masa yang singkat.
Pemohon tidak perlu meninggalkan pekerjaan atau menghadiri kelas atau latihan.
Kos rendah (tidak melibatkan kos latihan).