N791-001-3:2016 - Bimbingan Umrah & Ziarah (TAHAP 3)
N791-001-3:2016 - Bimbingan Umrah & Ziarah (TAHAP 3)
“Bimbing Jemaah dengan Yakin, Bersijil Rasmi & Berpengalaman!”
Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Bimbingan Umrah & Ziarah adalah program berprestij bertauliah JPK yang direka khusus untuk melahirkan mutawwif profesional. Program ini memberi penekanan pada kemahiran praktikal, pengurusan ibadah, dan bimbingan jemaah, agar peserta bukan sahaja fasih secara teori, tetapi juga cekap di lapangan.
Program ini sesuai untuk:
Individu yang berminat menjadi mutawwif.
Mutawwif berpengalaman yang mahu mengiktiraf kemahiran sedia ada melalui PPT amali.
Agensi umrah yang mahu melatih pekerja mereka agar bertauliah & profesional.
Dengan sijil rasmi SKM, peserta bukan sahaja meningkatkan kredibiliti, tetapi juga membuka peluang kerjaya & pendapatan dalam industri bimbingan umrah dan ziarah.
Apakah kelebihan persijilan ini?
Melahirkan mutawwif bertauliah dengan sijil rasmi JPK.
Meningkatkan kredibiliti & kepercayaan peserta di mata jemaah & agensi.
Membuka peluang kerjaya & pendapatan sebagai mutawwif tetap atau freelance.
Memperkukuh kemahiran praktikal dalam pengurusan ibadah & bimbingan jemaah.
Mengiktiraf pengalaman sedia ada melalui kaedah PPT amali.
Kandungan Kursus
Halatuju Kerjaya
Mutawwif Bertauliah – Layak memimpin jemaah selepas tamat program.
Kerjaya Awal – Bekerja dengan agensi umrah/haji atau mutawwif freelance.
Peningkatan – Jadi ketua mutawwif atau mentor; ambil program lanjutan.
Perniagaan & Jaringan – Buka agensi sendiri atau tawarkan latihan dalaman.
Pendapatan Jangka Panjang – Sumber rezeki konsisten setiap musim umrah/haji; reputasi profesional tinggi.
Tempoh Program
2 kali Kelas di atas talian; 2 kali kelas secara bersemuka
Yuran Kursus: RM1620 termasuk 8% Sst dan
Kemasukan: Sepanjang tahun
Syarat Kelayakan
Berumur 18 tahun ke atas
Mempunyai kemahiran menggunakan komputer (Microsoft Office)
Mempunyai pengalaman dalam bimbingan umrah dan ziarah minimum 3 tahun