Kursus Induksi CIAST / JPK
Berdaftar dibawah HMN PROFESSIONAL SERVICES
Kursus Induksi CIAST / JPK
Berdaftar dibawah HMN PROFESSIONAL SERVICES
Kursus ini memberi kefahaman asas Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi tujan dilantik sebagai personel SPKM di Pusat Latihan @ Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang menjalankan program secara sepenuh masa atau separuh masa seperti:
Pegawai Penilai (PP)
Adalah tenaga pengajar Persijilan Kemahiran Malaysia di Pusat Bertauliah
Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)
Adalah Ketua Jabatan bagi bidang Persijilan Kemahiran Malaysia di Pusat Bertauliah
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)
Adalah Pemilik Pusat Bertauliah yang menjalankan (SPKM)
Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
Pegawai yang menilai @ mengverifikasi tahap kompetensi pelajar diiktiraf untuk persijilan.
Kursus ini memberi kefahaman kepada peserta tentang persijilan melalui kaedah PPT.
Ia juga merupakan salah satu syarat untuk dilantik sebagai:
Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)
Pegawai Pengesah Luaran- Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)
Penyelaras Pusat Penilaian Amali (PPA)
Kursus ini menerangkan tentang tugas, tanggungjawab dan etika kerja ketika melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di tempat kerja/ Pusat Bertauliah.
Kursus ini perlu dihadiri oleh lantikan:
Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB)
Pegawai Pengesah Luaran Akademi Dalam Industri (PPL-ADI).
Bagi Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran PPL, peserta perlu memenuhi syarat tambahan iaitu telah mengikuti Kursus Induksi PP-PPD-PPB dengan jayanya.