NCS-006:2017 - Kemahiran Asas Digital
NCS-006:2017 - Kemahiran Asas Digital
Program NCS Kemahiran Asas Digital melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) – Penilaian Amali memberi peluang kepada individu berpengalaman untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi terhadap kemahiran digital yang telah dikuasai melalui pekerjaan, latihan dan pengalaman sebenar. Pengalaman tersebut meliputi kemahiran menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, Power Point).
Peserta tidak perlu menghadiri kelas. Sebaliknya, kompetensi akan dinilai melalui tugasan amali berdasarkan standard yang ditetapkan dalam tempoh 1 hari. Inilah peluang terbaik untuk menukar pengalaman dan kemahiran digital anda kepada persijilan yang diiktiraf, sekali gus meningkatkan kredibiliti profesional, keyakinan diri serta nilai anda dalam pasaran pekerjaan masa kini.
Mendapat pengiktirafan rasmi terhadap kemahiran digital sedia ada.
Penilaian secara amali berdasarkan tugasan sebenar.
Tidak perlu mengikuti latihan dari peringkat asas.
Meningkatkan kredibiliti dan peluang kerjaya.
Memperkukuh daya saing dalam era ekonomi digital.
Mengiktiraf kemahiran digital berdasarkan pengalaman sebenar.
Mengesahkan kompetensi peserta melalui penilaian amali.
Membantu peserta memperoleh persijilan yang diiktiraf.
Meningkatkan kredibiliti dan nilai profesional.
Melahirkan tenaga kerja digital yang kompeten dan berdaya saing.
Kandungan Kursus
Tempoh Program
1 hari Penilaian Amali secara bersemuka (dalam tempoh 3 bulan selepas pendaftaran JPK)
Yuran Kursus: RM1620 termasuk 8% Sst dan
Kemasukan: Sepanjang tahun
Syarat Kelayakan
Berumur 25 tahun ke atas
Mempunyai pengalaman di dalam memnggunakan microsoft office (Word,Excel,Powerpoint) minimum 1 tahun